Wednesday, February 4, 2009

IM DONE

Yeah....

February 4th, 2009.

Hari yang menentukan segalanya. Hari yang paling malang sekali buat aku. Or mungkin hari yang paling baik untukku.

Aku dah BREAK UP dengan dia! Yeah...it's true... Finished. Full stop. End. There is no more comma, or whatsoever.

I didn't know that he will be like this! Aku tak tahu pun selama kitorg bersama, dia rupa-rupanya 'pasang' orang lain belakang aku. Truly nonsense and fcuk off!

Aku dah berikan segala cinta dan kasih sayang kepada dia. Sampai hati dia buat aku mcmni? Adilkah padaku?

Thanks Shima,
Sebab ko yang telah checkkan aku bill phone dia and find out the number! Otherwise, aku takkan tahu sampai sekarang, or bila-bila!

Kenapakah kau sangggup buat aku mcmni? Apa salah aku? Tak cukupkah lagi apa yang telah aku berikan? Aku curahkan kasih. Aku siramkan sayang. Aku halusi dengan cinta.

Tapi apa yang aku dapat akhirnya? Di khianati?

Jangan kau nak salahkan aku diatas segala 'agenda' kau yang telah ku ketahui! Kau memang tak pernah cukup dengan satu kan? Kau memang tamak!

Dahla...cukuplah dengan drama. Cukuplah diri ini diperbodohkan.

Aku cuma berharap yang kau akan bahagia dengan si dia yang kau pilih. Yang kau sukai. Enough is enough!

Cuma satu je janji dan sumpahku. Kau TAK AKAN dapat jumpa orang yang sebaik aku. Orang yang sanggup bersusah senang dengan kau! Orang yang akan sentiasa berada disisi kau di kala kau memerlukan. Untuk jangka masa yang panjang!

Si dia yang kau pilih, yang kau puja, yang kau agungkan itu cuma akan bersama kau ketika kau senang. Ketika kau bahagia. Ketika dia memerlukan kau, sebagaimana yang kau perlakukan aku!

Titipkan salam kasih dan sayang aku kepada kedua orang tuamu. Walau apapun yang terjadi, aku tetap sayangkan mereka, tapi bukan engkau! Bukan orang yang telah memperalatkan dan mempermainkan perasaan dan jiwa aku!

Pergilah wahai sayangku. Jauh dari hidupku. Jauh dari segala yang pernah aku fikirkan. Hanyutlah engkau dalam arus cinta yang telah kau persembahkan. Tenggelamlah engkau dalam dalamnya fikiran dan agenda.

Hanya satu pintaku. Untuk yang terakhir kali. Jagalah si dia dengan sebaiknya. Pupuklah kasih sayang dan semailah cinta yang tak berbelah bahagi. Hargailah hubungan yang hanya (mungkin) datang sekali sahaja. Usahlah kau mempermainkan hati dan perasaan orang lain, yang mungkin akan terjadi pada dirimu.

Sampai disini sahaja yang akan kutulis, ku luahkan mengenai mu. Cukuplah...

Terima kasih di atas secubit kasih sayang dan cinta yang pernah kau berikan kepadaku.

You don't deserved me!