Pernah tak korang rasakan suatu perasaan bila pada mulanya korang berkenalan dengan seseorang yang korang suka and finally membibitkan perasaan sayang dan rindu dimana akhirnya korang dapat tau yang dia sebenarnya dalam proses untuk memupuk satu perasaan cinta lain dengan orang lain.
Bila aku tanya mula-mula dulu, " Are you single?"
Dia kata, " Yup... I'm not looking for any lover yet.."
After a while kitorg keluar bersama, karaoke, lepak kat Putrajaya sampai pukul 530pagi, luahkan kesedihan hati, etc... then in the end benda ni yang jadi?
Aku tak kisah sekiranya dia hanya anggap aku sebagai seorang kawan, tapi jangan bagi aku harapan! Jangan treat aku sebagaimana yang aku harapkan.. yang akhirnya aku sendiri akan hanyut dalam perasaan aku sendiri.
Pada hari ulang tahun nya baru-baru ini, aku akui yang kitorg ada salah faham sedikit. Dia kata aku banyak kerenah? Hanya kerana aku tak suka pergi Shopping Mall and dia labelkan aku mcmtu? Sampaikan dia sanggup kata:
"Honestly tak berminat dengan orang yang banyak kerenah. I dgn kawan I bukan miskin, cuma kitorg low profile."
Aku tak faham dengan statement dia tu, lalu membalas SMS tersebut, " Miskin? Kenapa cakap mcmtu? I'm sorry if I ada said or did anything wrong sampaikan u fikir mcmtu. I'm sorry."
Dia reply, "xdela.. Just nak bagitau u jer coz orang yang high profile saja yang banyak kerenah. Kitorg tak banyak kerenah. xpela..cara masing2..."
Bila aku tanya kawan-kawan baik aku, diorg kata yang "budak" tu tak patut cakap mcmtu kat aku. Sapa dia nak judge aku sampai mcmtu sekali? Apa hak dia nak cakap aku mcmtu?
Tapi aku sabarkan jugak demi kerana aku rasa biarlah aku yang mengalah..
Tepat pukul 12.00am, aku SMS dia wishing "Happy Birthday" and as what I've expected, dia langsung tak reply SMS. It's okay.
Hari itu aku baru aja sampai dari Batu Pahat, menghadiri jemputan perkahwinan anak buah bapak aku. Sampai KL kul 10pm. Tapi kerana aku "sayang"kan dia, aku gagahkan diri jugak drive dari Kajang - Subang Jaya semata-mata untuk hantar Kad Happy Birthday dia yang telah aku design and print out. Sepanjang perjalanan ke rumah dia tu, memang aku berfikir banyak kali yang biar apa pun yang terjadi, I've done my part, the best that I can give.
Sesampainya aku kat bawah rumah dia, aku tinggalkan kad dan hadiah di kaunter pengawal. Then aku text best friend yang duk dengan dia sekali, "Yunk, I dah tinggalkan kad and birthday present untuk dia. Please collect and put it on his bed. Thanks."
Lepas aku letak je kad tu, and bila aku tinggalkan saja kawasan kediaman dia, aku rasa sedih yang teramat, sebak! Aku mcm pergi meninggalkan sesuatu yang aku sayangi. Pergi jauh dan tak kan kembali lagi. Seakan aku melepaskan ianya pergi. Sebahagian dari tubuh aku merelakan ianya pergi, sebahagian lagi berbisik, "Teruskanlah..."
Aku terus drive balik kerumah dalam perasaan yang bercampur aduk - sedih,sayang,rindu,lega,gembira..
Aku redha. Aku lega kerana aku telah pun "melepaskan" perasaan itu pergi - jauh dari hati aku.
Since dari malam itu, bagi aku, tiada lagi yang perlu aku sesalkan. Biarlah dia dengan cara dan pilihan yang telah dia buat. Dan aku? Aku masih lagi mempunyai kekuatan diri yang masih lagi berbaki. Kekuatan yang akan membuatkan aku lebih kuat dan berhati-hati.
Esoknya, kira-kira jam 11.24am, aku terima satu SMS, "Dear..thanks a lot. thanks so much 4 the birthday present..omg..sweet gila. i love it!"
Then aku just reply. "Sorry tak sempat prepare present."
"U ni..i really appreciate it. sweet gila..thanks a lot". Dia membalas.
Aku cuma berharap yang dia betul2 menghargainya, bukan sekadar ungkapan untuk menyedapkan hatiku.
Sepanjang masa berjalan, keadaan telahpun berubah. Aku telah sepenuhnya melupakan dia.. "Let it go and move on..."
Sekarang ni, yang penting bagi aku adalah diri aku sendiri.. Kerana aku sedar, baik buruk, gembira sedihnya...hanya aku yang tanggung..