Thursday, January 29, 2009

Adilkah Dunia?


Bertemu lagi kita,

Alhamdulillah.. dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki seadanya..

Bertemu, berpisah...lumrah kehidupan selagi kita bergelar manusia.

Kadangkala aku tertanya, mengapa perlu kita membezakan setiap kejadian dan zahirnya seseorang manusia itu...

Bukankah kita (mereka) juga insan biasa yang bernafas dalam satu udara yang sama?
Mengapa perlu wujudnya diskriminasi? Pentingkah rupa paras? Harta benda? Dimanakah perginya nilai kasih sayang?

Tidak kah kita pernah terfikir apakah perasaan dan isi hati mereka? Mereka juga inginkah penghidupan yang sempurna..yang bahagia seperti kita..

Buta. Pekak. Bisu. Kurang akal - semuanya datang dari Tuhan. Semuanya diciptakan dengan bersebab. Dengan satu tujuan. Untuk kita sama-sama menjalani hidup ini dengan kasih sayang. Dengan penuh semangat dan perjuangan.

Maki hamun, kutukan, kejian yang (mungkin) pernah kita lemparkan kepada insan-insan ini cuma menambahkan lagi segala dosa yang bersarang di jiwa.

Aku,
Terfikirkan segala dosa dan salah yang pernah aku lakukan suatu ketika dahulu.

Sekarang,
Aku rasa menyesal dan mengingatkan diri agar berubah. Cuba menyelami isi hati dan perasaan mereka di kala ini.

Kepayahan meneruskan hidup, dengan serba kekurangan ( melihat, mendengar, bertutur, merasa ) perlu dihadapi dengan penuh kesyukuran dan tabah.

Kepada insan-insan yang bernasib malang, bersabarlah.. Setiap dugaan dan halangan yang diberikan Tuhan adalah untuk kita mengharunginya dengan tabah dan semangat yang tinggi.

Peganglah tanganku ketika kau mahu bangkit. Cekalkan hati untuk meneruskan hidup ini.
Insya Allah, semuanya pasti berbalas...

No comments:

Post a Comment