" Dimanakah ibu?"
" Ibu balikla....saya rindukan ibu..."
" Ibu.. saya janji saya takkan ingkar kata-kata ibu."
Seorang kanak-kanak berumur 7 tahun menangis teresak-esak.. rindukan hangatnya kasih ibu.
Rindu untuk menatap wajah ibu tercinta. Rindu untuk memeluk jasad ibu yang suatu ketika dulu menjadi tempat untuk dia berlindung di kala dentuman bom dan ketika bumi bertuah itu di hujani peluru hidup yang buta; tidak mengenal erti perikemanusiaan dan etika hidup.
Dimanakah tempatnya untuk dia menumpang kasih?
Kepada siapa lagi untuk dia mengadu?
Siapa lagi yang kisahkan masa depannya?
Ibu,
Ketika ini saya hanya inginkan ibu. Saya sanggup tukarkan nyawa saya agar ibu dapat kembali ke bumi ini...
Mengapa mereka sangat kejam? Apakah salah kita? Kenapa Kau panggil ibuku pergi dahulu?
Sampai begini sekali dugaan dan cabaran yang perlu aku lalui..
* dummm.......dummm...dum.....
Terdengarnya dia jeritan dan lolongan sang ibu, sang ayah menangisi kematian anak kesayangan. Ketika itu dia teringat kembali kejadian itu......
Entah berapa lama lagi perlu aku menunggu kepulangan ibu yang dari tadi keluar untuk mencari sesuap nasi, di kala udara luar berjerebu...dihujani peluru dan bala...
" Harap-harap ibu selamat diluar sana...." Hatinya berbisik sendirian. Gelisah. Risau.
Keadaan atap rumah yang bocor ditembusi bom suatu ketika dahulu membayangkan betapa peritnya kehidupan di bumi ini. Tenggelam di lautan penuh darah, luka dan lara.
Sambil menanti kepulangan ibu tersayang, aku tidak henti-henti berzikir, berdoa agar ibu selamat kembali, ke pangkuanku..
* tok..tok..tok.. bunyi ketukan di pintu.
" Siapa? .." Aku bertanya dengan penuh debaran.
" Ibu ni sayang..buka pintu cepat." Ibuku membalas.
Aku lantas membuka pintu dan memeluk erat ibuku. Ditangannya digenggam sebungkus roti dan segumpal nasi yang telah bercampur dengan pasir...
" Lapar sayang? " ibu bertanya kepadaku.
" Ibu, saya risau dari tadi... Saya takut.." Aku tiba-tiba bersuara. Tidak menjawab pertanyaan ibu.
" Sayang, jangan risau. Ibu ada disini.."
" Mari makan. Cuma ini yang ibu dapat berikan. Cukuplah untuk kita sehari dua ini."
Ku lihat ibu meletakkan makanan yang dibawa diatas sebuah pinggan. Di bawanya bekas itu dihadapanku.
" Makan sayang." Kata ibu sambil menolak pinggan itu ke arahku.
Ku lihat hanya satu pinggan berisi makanan.
" Ibu tak makan sekali? Mana pinggan ibu? " Aku bertanya kepada ibu.
" Ibu dah kenyang sayang. Tadi ibu dah makan sedikit." Kata ibu.
* Aku tau ibu bohong. Ku lihat ada genangan air mata dihujung matanya. Ibu sanggup menahan lapar keranaku....
" Ibu, mari makan sama-sama.. " Kataku sambil menyuapkan sedikit roti ke mulut ibu.
Ibu ku lihat sedikit sedih. Dalam suaranya yang sedikit serak dan bergetar dia berkata kepadaku.
" Anakku, ibu minta maaf kerana tak dapat menyediakan segala yang perlu untuk mu sayang"
" Sepanjang ketiadaan ibu nanti, jagalah dirimu baik-baik. Ingat segala pesanan ibu. Ibu sayangkanmu sayang. Kita jumpa nanti di 'sana'. "
" Ibu, kenapa? Ibu sakit? " Tanyaku.
Ibu hanya melihatku dengan penuh sayu. Apalah yang dimengerti oleh anaknya yang cuma berumur 7 tahun....
Tiba-tiba pintu rumah kami dipecah masuk. Sekumpulan lelaki berpakaian seragam hijau memecah masuk rumah kami dengan membawa senjata ditangan.
Ibu terus memeluk erat tubuhku dan menjerit.
" Imad! Lari!!! "
" Ibu!!" jeritku ketika ku lihat ibu ditarik oleh seorang lelaki.
Ku cuba capai tangan ibu. Namun tidak kesampaian. Hatiku berdebar. Apakah yang perlu aku lakukan?
Ibu kulihat menangis dan merayu agar aku tidak diapa-apakan.
" Tolonglah lepaskan kami... Atau sekurang-kurangnya kau lepaskan anakku. Dia masih kecil.." Kata ibu sambil teresak-esak.
" Kau ikut kami!" arah seorang lelaki dengan mukanya yang bengis.
Ibu diheret keluar dengan ganas oleh mereka.
Darah merah mula mengalir dilengan dan kaki ibu ketika diheret di atas batu dan pasir kasar itu.
" Ibu! Ibu!" Aku menangis. Menjerit.
" Ibu! ibu nak kemana?" Aku bertanyakan ibu sambil berdiri dimuka pintu.
Tanganku melambai-lambai ke arah ibu. Air mata sudah tak ku kira betapa lajunya mengalir diatas pipiku yang bersaluti pasir dan debu.
Mereka kemudiannya mengikat tangan dan kaki ibu di atas batu, ditengah kepanasan hari.
Ibu menangis dan menjerit minta dilepaskan.
Seorang lelaki mengambil seketul batu yang bersaiz sederhana lalu dilemparkan kearah ibu. Mereka kulihat gembira dan ketawa dikala melihat ibu merintih kesakitan dan merayu untuk dilepaskan.
Tudung ibu ditarik dan dipijak oleh mereka.
Tak dapat kubayangkan bagaimanakah perasaan ibu ketika itu.
Mereka tak berhenti disitu sahaja. Salah seorang dari lelaki itu kemudiannya mengacukan senjata ke perut ibu.
Untuk seketika kurasakan dunia terhenti. Apakah yang boleh aku lakukan dengan kudrat ku ini?
Aku tak sanggup untuk melihat apa yang bakal berlaku seterusnya.. Ibu dilepaskan dan kemudiannya dibawa masuk kedalam sebuah kereta yang diletakkan berhampiran dengan rumah kami.
Dari raut wajah ibu, aku tahu ibu cuba memberitahuku sesuatu...
" Jaga dirimu anakku...."
Kenderaan itu berlalu pergi bersama ibu di dalam perutnya.
Aku kemudiannya duduk di bawah pangkin dapur sambil menangis.
" Ibu? .... Ibu?...."
" Dimanakah ibu?"
" Ibu balikla....saya rindukan ibu..."
" Ibu.. saya janji saya takkan ingkar kata-kata ibu."
Seketika kemudian, aku terdengar derapan tapak kaki seseorang diluar.
Aku membatukan diri dan berserah apa yang akan berlaku seterusnya..
Tiba-tiba namaku dipanggil, " Imad... Ibu ni sayang."
Sejajar dengan itu, ku bukakan mataku dan kulihat ibu berdiri dihadapanku sambil memegang kepalanya yang berdarah..
Ku peluk ibu dengan erat dan menangis.
" Ibu...saya takut ibu tinggalkan saya.." Aku menangis.
" Ibu pun sayang.. Ibu sayangkan kamu." Jawab ibu.
Rupa-rupanya sepasukan tentera penyelamat kebetulan berada disitu dan menyelamatkan ibu dari berada di tangan zionis.
" Sayang, mari kita pergi dari sini sebelum mereka datang." Ibu berkata sambil memimpin tangan kecilku keluar.
Sebuah kenderaan besar sedang menunggu kami diluar. Kelihatan didalamnya beberapa orang yang senasib dengan kami, yang terselamat atau mungkin yang telah kematian saudara-mara yang dikasihi tenang menyambut kedatangan kami.
Sempat ku mengerling tulisan di badan kenderaan itu..
" Mercy Malaysia"....
No comments:
Post a Comment